Rafael Advanced Defense Systems

Rafael Advanced Defense Systems Ltd. (Bahasa Ibrani: רפאל - מערכות לחימה מתקדמות בע"מ‎, dahulunya Rafael Armament Development Authority), ("Rafael" daripada akronim Ibrani, רשות לפיתוח אמצעי לחימה "Autoriti Pembangunan Senjata") ialah sebuah syarikat teknologi pertahanan Israel. Syarikat ini dibangunkan sebagai pusat penyelidikan pertahanan kebangsaan Israel bagi tujuan pembangunan senjata dan teknologi ketenteraan bagi pihak Kementerian Pertahanan; pada 2002, syarikat ini ditarafkan sebagai syarikat berhad.[2] Rafael kini membangunkan dan mengilang senjata serta teknologi ketenteraan bagi pihak Angkatan Pertahanan Israel serta eksport ke luar Israel. Semua projek terkini Rafael kini dirahsiakan.

Rafael Advanced Defense Systems

Industri Pertahanan, aeroangkasa
Pemilik Israel
Pendapatan bersih ▲$134 juta USD (2016)[1]
Laman web rasmi rafael.co.il
Anak syarikat RDC (RAFAEL Development Corporation)
Ibu pejabat Haifa, Israel
Keluaran Aeroangkasa pertahanan
Peluru berpandu
Artileri
Elektronik pertahanan
Sistem perlindungan
Sistem maritim
Ditubuhkan 1948; 73 tahun yang lalu (1948)
Hasil ▲$$2.7 bilion USD (2020)[1]
Pembahagian Bahagian Peluru Berpandu dan NCW
Bahagian Ordnans dan Perlindungan
Bahagian Manor - Teknologi Pertahanan Termaju
Jenis Syarikat milik pemerintah
Pendahulu Science Corps